Punca-Punca dan Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Masalah Pengangguran.
Di dalam bumi yang fana ini, kemelut sosial terutama sekali di Singapura semakin bermaharajalela mutakhir ini. Cabaran globalisasi yang serba menghimpit telah mengakibatkan pengangguran berlaku. Ramai yang mencari jalan lain semata-mata untuk mendapatkan wang dengan masa yang cepat. Pengangguran juga telah menyumbang kepada problem sosial dan kes jenayah yang semakin genting. Perdana Menteri Singapura telah menasihati rakyat Singapura biar berfikiran terbuka dan jangan terlalu menentukan perkerjaan kerana kegawatan ekonomi dijangka tidak akan berakhir dengan masa yang cepat. Pada pendapat saya pula, memang betul kata-kata perdana mentari. Jika kita menentukan pekerjaan, tentunya kita tidak akan menerima pekerjaan tersebut dan ini akan menyumbang kepada problem pengangguran yang boleh didefinasikan sebagai masa semasa ramai yang tidak mempunyai pekerjaan.
Saya bersetuju dengan pernyataan di atas tetapi tidak seratus peratus. Memang tidak dinafikan bahawa pengangguran berpunca daripada perilaku rakyat Singapura yang terlalu menentukan pekerjaan tetapi ia masih boleh diperdebatkan lagi. Sikap rakyat Singapura yang terlalu menentukan telah mengakibatkan kadar pengangguran meningkat secara drastik. Ramai yang mahu pekerjaan yang berkolar biru dan bergaji lumayan. Tetapi semua ini sukar didapati terutama sekali apabila kegawatan ekonomi sedang berlaku. Rakyat Singapura tidak seharusnya bersifat cerewet. Sikap terlalu menentukan pekerjaan bukan seluruh punca pengangguran. Memang ia punca utama bagi problem ini tetapi terdapat juga punca-punca lain.
Punca yang seterusnya ialah bilangan rakyat Singapura yang semakin meningkat. Dengan kasus ini berlaku, lebih ramai rakyat Singapeura, lebih sedikitlah peluang pekerjaan yang ada. Lebih ramai rakyat Singapura juga bermakna orang yang lebih pandai, rajin dan efektif juga turut meningkat. Lantas, peluang pekerjaan yang ada tentunya akan diberi kepada orang yang kemampuan, kebolehan dan kelayakkan tinggi. Punca ini akan menciptakan problem pengangguran lebih mencabar dan berpanjangan. Ini bermakna, punca ini amat serius juga dibandingkan denga punca utama iaitu, perilaku menentukan pekerjaan kerana semakin ramai yang menjadi akil tetapi ekonomi akan mengambil yang terbaik sahaja dan meninggalkan yang lain, tidak mempunyai pekerjaan.
Punca yang ketiga ialah kemelesetan ekonomi. Kemelesetan ekonomi telah mengakibatkan honor terpotong, kelayakan pekerja dipertinggikan dan semua ini menyumbang kepada problem pengangguran. Kemelesetan ekonomi tidak dijangkakan untuk berakhir begitu cepat. Justeru itulah rakyat Singapura disuruh bersikap terbuka. Tetapi rakyat Singapura ramai yang keras kepala dan enggan berbuat demikian. Bersikap terbuka bukan sahaja pola langkah yang boleh dipakai untuk mengurangkan problem pengangguran. Terdapat banyak lagi langkah-langkah yang boleh dijalankan. Ayuh kita menganalisa langkah-langkah untuk mengurangkan pengangguran.
Langkah utama yakni untuk bersikap terbuka. Dengan bersikap terbuka, yang bermakna mendapatkan pekerjaan yang bergaji rendah dan mendapatkan pekerjaan itu walaupun ia bukan pekerjaan yang berkolar biru, rakyat Singapura sekurang-kurangnya akan mendapatkan pekerjaan, lantas mendapatkan wang untuk membayar atau membeli barang keperluan seharian. Ia lebih anggun dari tidak mempunyai sembarang pekerjaan dan akan hidup menderita selepas itu. Rakyat Singapura pun boleh berkerja sambilan juga, kami sanggup mengalami cara berkerja yang lain dan sanggup menambah pengetahuan kita juga.
Langkah yang seterusnya ialah mempelbagaikan sektor ekonomi. Dengan mempelbagaikan sektor ekonomi, lebih banyak peluang pekerjaan yang boleh didapati. Dengan cara ini juga keberatan seseorang pekerja akan dikurangkan kerana akan ditugaskan oleh orang lain. Cara ini juga akan membawa kebaikan kepada eknomi, orang yang berkerja dan orang yang akan menerima atau mencari pekerjaan. Cara ini boleh mengurangkan problem pengangguran secara mendadak. Ekonomi seharusnya memikirkan wacana cara penyelesaian ini kerana ia akan membawa kebaikan kepada semua orang.
Langkah yang terakhir ialah untuk meningkatkan kebolehan dan kelayakkan. Mereka boleh meningkatkan kebolehan dan kelayakkan dengan cara menghadiri kursus, melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan sebagainya. Cara ini akan membolehkan rakyat Singapura untuk mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan pekerjaan kerana banyak ekonomi, terutama sekali masa sekarang apabila Singapura sedang menghadapi kemelesetan ekonomi, akan mengambil calon pekerjaan yang tentunya terbaik, dan ada kelayakkan yang tinggi terutama sekali pelajaran yang tinggi. Dengan cara ini, setiap individu harus berkerja keras sendiri untuk mencapai semua ini kerana tidak ada orang laing yang boleh membantu kati mempunyai sesuatu ilmu kecuali diri kita sendiri.
Lantas, saya bersetuju bahawa pengangguran berpunca daripda perilaku rakyat Singapura yang terlalu menentukan tetapi tidak seratus peratus kerana terdapat punca-punca yang lain yang menyumbang ke problem tersebut dan terdapat langkah-langkah yang boleh diambil oleh rakyat Singapura tetapi ramai yang tidak mahu mencuba untuk memperbaiki keadaan dengan cuba berfikiran terbuka dan melaksanakan sesuatu yang lebih untuk mendapatkan pekerjaan.
Nur Afiqah
Menengah 4 Emerald
Sekolah Menengah Dunearn